Monday 2 February 2015

MINGGU 6

Tarikh
2 Febuari 2015  (Isnin )
Masa
815-925
Kelas
5K7
Tajuk
Rumusan
Objektif
Pada akhir sesi  p&p para pelajar dapat :
-          Menulis rumusan dengan format yang betul
-          Menulis sekurang-kurangnya 2 isi tersirat
-          Menulis satu ayat penutup
FU/FS
FU:   7.0                                                        FS :  7.5
Aktiviti
-          Guru menyoal pelajar tentang  kepentingan akademik untuk masa depan mereka.
-          Guru mencatat semua jawapan pelajar di papan hitam.
-          Seterusnya untuk lebih meyakinkan pelajar tentang kepentingan bidang akademik , guru mengedar lembaran kerja iaitu rencana yang bertajuk Peranan ibu bapa dalam mengatasi kemerosotan akademik dalam kalangan pelajar.
-          Guru memilih beberapa orang pelajar untuk membaca petikan rencana tersebut.
-          Pelajar lain diminta menggariskan sekurang-kurangnya  6 isi tersurat.
-          Seterusnya berdasarkan arahan kedua dlm soalan pelajar akan memikirkan  2 isi tersirat.
-          Guru membimbing pelajar menulis ayat pendahuluan rumusan .
-          Guru turut menyediakan  rangka menulis rumusan untuk panduan pelajar.
-          Sebelum p&p berakhir  guru membuat rumusan tajuk perbincangan pada hari ini.

Sistem Bahasa
Sintaksis
Penyerapan
Ilmu  : Kemasyarakatan
Nilai :  Kerjasama , bertanggungjawab
KBT : a) Menjana idea
          b) Pembelajaran Kontekstual
BBB
Petikan rencana
Refleksi
60% pelajar dapat mengenal pasti isi tersurat dari petikan.


  

Tarikh
2 Febuari 2015 (Isnin )
Masa
9.45-10.55
Kelas
5S1
Tajuk
Sajak Kecek
Objektif
Pada akhir sesi p&p para  pelajar dapat :
-          Mengenal pasti bentuk dan ciri sajak
-          Menghuraikan maksud rangkap sajak
-          Menyatakan sekurang-kurangnya 2 nilai dan pengajaran
FU/FS
FU:  10.0                                                               FS:  10.3
Aktiviti
-          Seorang pelajar dipilih untuk mendeklamasi sajak.
-          Pelajar lain diminta meneliti maksud setiap rangkap dan akan menceritakan semula dengan menggunakan bahasa sendiri.
-          Seterusnya guru minta pelajar menulis di papan hitam sekurang-kurangnya 2 nilai dan pengajaran yang dibincangkan dalam sajak Kecek.
-          Setelah pelajar memahami maksud sajak tersebut, guru  menerangkan bentuk dan cirri sajak yang mereka kaji.
-          Pelajar melengkapkan nota komsas.
-          Sebagai pengukuhan, guru mengajukan beberapa soalan KBAT berdasarkan sajak tersebut.
-          Contoh soalan :
a)      Mengapakah pengarah sanggup  mengambil hak orang lain, sedangkan dia berpendapatan tinggi?
b)      Wajarkah jika petani dan nelayan itu meminta sumbangan orang lain untuk meneruskan kehidupan mereka?
c)       Petani  dikatakan mempunyai sedozen anak. Mengapa petani dan isterinya sanggup mempunyai anak yang ramai sedangkan dia tahu kehidupannya miskin ?
-          Nyatakan beberapa langkah untuk kita menambah pendapatan
-          Setiap jawapan pelajar akan dicatat di papan hitam untuk memudahkan pelajar memahami secara mendalam sajak yang mereka pelajari pada hari ini.
-          Sebelum p&p berakhir guru memilih seorang pelajar untuk merumus sajak yang dipelajari .
-          Guru turut mengedar lembaran kerja iaitu soalan pemahaman berdasarkan sajak Kecek sebagai kerja rumah.
Sistem Bahasa
Sintaksis
Penyerapan
Ilmu : Kesusasteraan Melayu
Nilai :
BBB
Antologi Dirgahayu Bahasaku
Refleksi
Pelajar dapat menjelaskan maksud sajak dengan ayat mereka sendiri.




Tarikh
3 Febuari 2015 (Selasa)
Masa
9.45-10.55
Kelas
5K7
Tajuk
Sajak Kecek
Objektif
Pada akhir sesi p&p para  pelajar dapat :
-          Mengenal pasti bentuk dan ciri sajak
-          Menghuraikan maksud rangkap sajak
-          Menyatakan sekurang-kurangnya 2 nilai dan pengajaran
FU/FS
FU:  10.0                                                               FS:  10.3
Aktiviti
-          Seorang pelajar dipilih untuk mendeklamasi sajak.
-          Pelajar lain diminta meneliti maksud setiap rangkap dan akan menceritakan semula dengan menggunakan bahasa sendiri.
-          Seterusnya guru minta pelajar menulis di papan hitam sekurang-kurangnya 2 nilai dan pengajaran yang dibincangkan dalam sajak Kecek.
-          Setelah pelajar memahami maksud sajak tersebut, guru  menerangkan bentuk dan ciri sajak yang mereka kaji.
-          Pelajar melengkapkan nota komsas.
-          Sebagai pengukuhan, guru mengajukan beberapa soalan KBAT berdasarkan sajak tersebut.
-          Contoh Soalan :
d)      Mengapakah pengarah sanggup  mengambil hak orang lain, sedangkan dia berpendapatan tinggi?
e)      Wajarkah jika petani dan nelayan itu meminta sumbangan orang lain untuk meneruskan kehidupan mereka?
f)       Petani  dikatakan mempunyai sedozen anak. Mengapa petani dan isterinya sanggup mempunyai anak yang ramai sedangkan dia tahu kehidupannya miskin ?
g)      Nyatakan beberapa langkah untuk kita menambah pendapatan .
-          Sebelum p&p berakhir guru memilih seorang pelajar untuk merumus sajak yang dipelajari pada hari ini.
-          Guru turut mengedar lembaran kerja iaitu soalan pemahaman berdasarkan sajak Kecek sebagai kerja rumah.
Sistem Bahasa
Sintaksis
Penyerapan
Ilmu : Kesusasteraan Melayu
Nilai : Keberanian , kesyukuran
KBT : a)Menciri
          b) Belajar Cara belajar
BBB
Antologi Dirgahayu Bahasaku
Refleksi
50% Pelajar dapat menerangkan semula maksud sajak.




Tarikh
4 Febuari 2015  (Rabu )
Masa
7.05 – 8.15
Kelas
5S1
Tajuk
Rumusan
Objektif
Pada akhir sesi  p&p para pelajar dapat :
-          Menulis rumusan dengan format yang betul
-          Menulis sekurang-kurangnya 2 isi tersirat
-          Menulis satu ayat penutup
FU/FS
FU:   7.0                                                        FS :  7.5
Aktiviti
-          Guru menyoal pelajar tentang  kepentingan akademik untuk masa depan mereka.
-          Guru mencatat semua jawapan pelajar di papan hitam.
-          Seterusnya untuk lebih meyakinkan pelajar tentang kepentingan bidang akademik , guru mengedar lembaran kerja iaitu rencana yang bertajuk Peranan ibu bapa dalam mengatasi kemerosotan akademik dalam kalangan pelajar.
-          Guru memilih beberapa orang pelajar untuk membaca petikan rencana tersebut.
-          Pelajar lain diminta menggariskan sekurang-kurangnya  6 isi tersurat.
-          Seterusnya berdasarkan arahan kedua dlm soalan pelajar akan memikirkan  2 isi tersirat.
-          Guru membimbing pelajar menulis ayat pendahuluan rumusan .
-          Guru turut menyediakan  rangka menulis rumusan untuk panduan pelajar.
-          Sebelum p&p berakhir  guru membuat rumusan tajuk perbincangan pada hari ini.

Sistem Bahasa
Sintaksis
Penyerapan
Ilmu  : Kemasyarakatan
Nilai :  Kerjasama , bertanggungjawab
KBT : a) Menjana idea
          b) Pembelajaran Kontekstual
BBB
Petikan rencana
Refleksi
Pelajar dapat meulis rumusan dengan format yg lengkap.

  
                         
Tarikh
4 Febuari 2015  (Rabu )
Masa
9.45 -10.55
Kelas
4S1
Tajuk
Karangan Keperihalan  : Senario Masyarakat kita
Objektif
Pada akhir sesi  p&p para pelajar dapat :
-          Menyenaraikan 5 isi penting berdasarkan tajuk karangan.
-          Menghuraikan setiap isi dalam perenggan
FU/FS
FU:   2.0                                                        FS :  2.1
Aktiviti
-          Guru menyoal pelajar tentang  senario masyarakat di persekitaran mereka.
-          Guru mencatat semua jawapan pelajar di papan hitam.
-          Seterusnya untuk lebih meyakinkan pelajar guru berbincang rencana senario masyarakat kita seperti dalam buku teks..
-          Pelajar akan menjelaskan senario yang biasa mereka lihat dan menjelaskan secara lisan sebab berlakunya senario tersebut.
-          Guru akan catat jawapan pelajar di papan hitam.
-          Guru membimbing pelajar menulis ayat pendahuluan dalam penulisan karangan .
-          Guru turut menyediakan  rangka menulis karangan  untuk panduan pelajar.
-          Sebelum p&p berakhir  guru membuat rumusan tajuk perbincangan pada hari ini iaitu Senario Masyarakat

Sistem Bahasa

Penyerapan
Ilmu  :Kemasyarakatan, pendidikan
Nilai : Hormat-menghormati
KBT : a) Menyusun mengikut keutamaan
          b) Kecerdasan Pelbagai
BBB
Buku Teks BM T.4
Refleksi
Semua pelajar dapat menjelaskan senario masyarakat di persekitaran mereka.


  

Tarikh
4 Febuari 2015  (Rabu )
Masa
1130-1240
Kelas
5K7
Tajuk
Tatabahasa :  Membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan
Objektif
Pada akhir sesi p&p para pelajar dapat :
-Mengenal pasti ejaan dan imbuhan yang salah dalam sesebuah petikan.

FU/FS
FU:  7.0                                                                  FS: 7.3
Aktiviti
-Guru menyediakan rencana / petikan cerita yang banyak kesalahan ejaan dan imbuhan.
-Pelajar akan menyenaraikan beberapa kesalahan yang ada dlm petikan tersebut dan membuat pembetulan.
-Guru menjelaskan bahawa ejaan dan imbuhan amat penting untuk diberi perhatian .
-Seterusnya guru menunjukkan beberapa kesalahan ejaan dalam ayat yang diberi.
-Pelajar menggaris perkataan yang salah ejaan dan imbuhannya.
-Guru memantau pelajar ketika menyelesaikan latihan.
Sistem Bahasa
Kesalahan ejaan dan imbuhan
Penyerapan
Ilmu : Kesusasteraan Melayu
Nilai : Kegigihan, bertanggungjawab
KBT : a) Menjana idea
         b) Belajar Cara belajar
BBB
Petikan/ Lembaran kerja Grafik
Refleksi
50% pelajar masih memerlukan bimbingan guru untuk mengenal pasti kesalahan ejaan dan  imbuhan.Guru memberi latihan pengukuhan kpd pelajar .




Tarikh
5 Febuari 2015 (Khamis)
Masa
7.05-8.15
Kelas
4S1
Tajuk
Komsas :Novel
Objektif
Pada akhir sesi p&p para pelajar dapat:
-Menyatakan binaan dan teknik plot
-Menyusun  peristiwa mengikut urutan plot
-Membina ayat biasa  daripada ayat songsang
FU/FS
FU: 10.0                                      FS: 10.6              
Aktiviti
-Guru menerangkan aspek plot kepada para pelajar.
-Pelajar akan menyusun peristiwa dalam novel mengikut urutan plot.
-Pelajar diminta melengkapkan nota berkaitan plot.
-Guru memberi latihan kepada pelajar .
Sistem bahasa
Susunan ayat – ayat biasa , ayat songsang
Penyerapan
Ilmu : Pengetahuan Am, Kesusasteraan Melayu
Nilai : Bersyukur , menghargai
KBT: a) KB-menyusun atur
          b) Pembelajaran Kontekstual
BBB
Novel Di sebalik Dinara
Refleksi
Semua pelajar dapat menjelaskan peristiwa mengikut urutan plot.




Tarikh
5 Febuari 2015 (Khamis)
Masa
9.45-10.55
Kelas
5K7
Tajuk
Komsas : Sajak Kecek (Sambungan)
Objektif
Pada akhir sesi p&p para pelajar dapat:
-Menyatakan tema sajak
-Menyatakan nilai dan pengajaran
FU/FS
FU: 10.0                                      FS: 10.6              
Aktiviti
-Guru menyoal pelajar  cerita di sebalik sajak.
-Pelajar  menjelaskan setiap maksud rangkap yang menceritakan tentang   
  pengarah, petani dan nelayan.
-Pelajar diminta melengkapkan nota .
-Guru memberi latihan kepada pelajar .
Sistem bahasa
Susunan ayat – ayat biasa , ayat songsang
Penyerapan
Ilmu : Pengetahuan Am, Kesusasteraan Melayu
Nilai : Bersyukur , menghargai
KBT: a) KB-menyusun atur
          b) Pembelajaran Kontekstual
BBB
Novel Di sebalik Dinara
Refleksi
Semua pelajar dapat menceritakan kandungan sajak dengan ayat mereka sendiri.



Tarikh
6 Febuari 2015 (Jumaat)
Masa
8.15-9.25  / 9.40-10.40
Kelas
5S1/4S1
Tajuk
Tatabahasa:  Membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan
Objektif
Pada akhir sesi p&p para pelajar dapat :
-Mengenal pasti ejaan dan imbuhan yang salah dalam sesebuah petikan.

FU/FS
FU:  7.0                                                                  FS: 7.3
Aktiviti
-Guru menyediakan rencana / petikan cerita yang banyak kesalahan ejaan dan imbuhan.
-Pelajar akan menyenaraikan beberapa kesalahan yang ada dlm petikan tersebut dan membuat pembetulan.
-Guru menjelaskan bahawa ejaan dan imbuhan amat penting untuk diberi perhatian .
-Seterusnya guru menunjukkan beberapa kesalahan ejaan dalam ayat yang   diberi.
-Pelajar menggaris perkataan yang salah ejaan dan imbuhannya.
-Guru memantau pelajar ketika menyelesaikan latihan.

Sistem bahasa
Kesalahan ejaan dan imbuhan
Penyerapan
Ilmu : Kesusasteraan Melayu
Nilai : Kegigihan, bertanggungjawab
KBT : a) Menjana idea
         b) Belajar Cara belajar

BBB
Petikan/ Lembaran kerja Grafik
Refleksi
Pelajar 5S1 & 4S1 dapat menyelesaikan tugasan yang diberi.




















No comments:

Post a Comment